Ceritera Bermula .
" Kak!nak sepoloh ringgit,nak beli topup"
" Memang aku cop duit pun"
Simple sahaja ayat tu , tapi sekurang kurang nya bersuara , berbalas , Kami bercakap . - Adura
Aku Adura Darman , Panggil Dee cukup . Tahun ni aku 21 tahun dan masih tinggal dengan keluarga . Keluarga yang kecil . Aku , Adik dan Kakak . hmm Kakak , dah lebih 3 tahun kami tak bercakap . But why ? ye memang aku tahu korang akan tanya . Sebab aku ego dan dia bodoh !
Well , it all started when gelang emas kesayangan kawan karib kakak aku hilang , dan kawan nya sendiri terjumpa gelang tangan emas yang sama di atas meja solek aku . Kata nya dia tidak menuduh , cuma dia MISSPLACED gelang tu . Erm tak tuduh eh ? Okay anyway . Kakak nasihat aku , itu ini bla bla dan blaa tapi agak kasar dan amat menyakitkan hati . Apa aku buat ? Gelang tangan itu milik Adeen , Arwah Adeen . Sebelum dia pergi , dia hadiahkan aku gelang tu . Sempena Hari jadi aku yang ke 18 .
Jadi mustahil lah gelang tangan itu milik Yatee (kawan karib kakak) kan ?
Darah muda aku membuak buak dan aku mulakan mogok non-talking , erk tak pernah dengar ? lebih kurang silent treatment lah . Okay back to point A , kami memang ego . hari berganti hari , bulan demi bulan bertukar menjadi tahun .
Mungkin kah aku yang ego ? pfttt mana mungkin . (orang yang ego memang tak akan mengaku diri nya ego )
" Hidup ni sementara je dik , sampai bila kau nak berdiam macam nih . Liya tu darah daging kau dik " - bebel ibu dengan sleng Kelantan nya .
" Bu , semua molek molek ja . kalau tak bercakap dengan dia . aman hidup adik " - Balas ku dengan nada perli
Lantas beredar dari ruang dapur ... , NOTE ; aku bukan orang kelantan . kami semua berasal dari Thailand , Kha Thailand Number one :)
Ceritera hampir habis .
Pokok jambu ni lah tempat aku mencari ketenangan atau idea idea untuk assigment yang menimbun tu .
Sambil rambut dibelai belai angin aku terfikir , Kenapa aku marah sangat dengan kakak ? Bukan nya besar kesalahan dia .
Lastas memori memori aku bermain Tai - tee , choong sana sini pastikan otak aku mengeluarkan memori yang betul .
Oh ya ! Fareed . eh salah nada , FAREED ! dia , mungkin dia lah sebab utama .
Kakak , dia seorang yang penuh cita cita . masa kecil kecil selain noh salleh , kakak la idola aku , aku suka akan cerita nya ingin berjaya , bagi aku kakak seorang yang tabah dan penuh dengan impian yang tinggi tinggi . Aku yakin dan sangat percaya dia akan capai segala cita cita nya hingga lah ke hari Fareed muncul . Grrr
Fareed ialah tunang kakak , Ya kini tunang dan akan berkahwin tidak lama lagi . Apa yang korang tak tahu is , sebelum kes gelang emas tu , Kami dah banyak bergaduh (kakak dan aku) . Kerana Fareed telah dengan tidak sengaja nya mengawal hidup kakak tanpa disedari sesiapa pun . Tapi aku sedar .
Selepas perkenalan kakak dengan Fareed , sedikit demi sedikit kakak berubah .
Masanya makin kurang diluangkan bersama aku , Fareed Fareed Fareed ! eee benci gila !
" Aku cemburu kah ? ee memang tak lah ! " jerit aku dalam hati .
Dan cita cita kakak makin kabur dan hilang dari pandangan aku . *Mengeluh
Terus aku tersedar , selama aku diam dan tidak bertutur dengan kakak ni , Punca nya bukan gelang emas ..
Punca nya aku hilang idola , kawan baik dan kakak aku . Aku hilang dia , percaya lah aku hilang .
Kerana sikap aku yang langsung tidak matang , aku terus pergi dan pergi jauh .
Mungkin aku penat , aku selalu sahaja kehilangan . Dan kini , sebelum aku betul betul hilang seseorang dari hidup aku , lebih baik aku beredar .
"Tapi patut kah ? Benar kah leputusan ini akan membuat aku bahagia ?"
Sambil berjalan kaki menuju pulang ke rumah , nyala sebatang rokok . asap berkepul kepul menutup mata yang jelas nya berair .
"A wise man once said , just go with the flow bro - his not so wise but i'll go with his philisophy for now ."
The end .
- Ye , cerita ni memang tergantung dan tak ada ending sebab .. sebab? sebab belum berakhir lagi la kisah ni . kalau dah end nanti saya sambung lah :)
No comments:
Post a Comment